Sunday, 18 March 2018

Lirik Lagu - Hati Yang Rapuh

Penyanyi : Rahimah Rahim

Di hati kulakarkan sebuah impian 

Yang aku namakan harapan 
Apabila kutentuka arah serta tujuan 
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku 

Menyukarkan pendakianku 
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini 
Demi hasrat yang suci 

Aku sangkakan harapan selembut impian 

Yang menguliti tidur insan 
Kiranya kehidupan tidak sedemikian 
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri 

Tak daya bertahan diuji 
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan 
Berlandaskan keimanan...













Tentang penyanyi :

Rahimah Rahim (lahir 9 Disember 1955) ialah seorang penyanyi Singapura yang terkenal di Malaysia dan Singapura pada dekad 1970-an dan 1980-an
. 

No comments:

Post a Comment